Friday 15 April 2011

TOKOH PEJUANG

Khalifah Umar al-khattab r.a

Khalifah yang ke dua
Pintar membezakan antara antara Haq dan Batil

Khalifah Umar al-khattab merupakan khalifah yang ke dua selepas khalifah Abu Bakar r.a. Pelantikannya merupakan wasiat daripada Khalifah Abu Bakar.

Nama penuhnya ialah Umar b. Al-Khattab b. Naufal b. Abdul Uzza b. Rabah b. Abdullah b. Qarth b. Razah b. Adiy b. Kaab. Di lahirkan pada tahun 583 M daripada Bani Adi iaitu salah satu bani dalam kabilah Quraish yang dipandang mulia, megah, dan berkedudukan tinggi. Waktu kecil beliau pernah mengembala kambing dan apabila besar beliau berniaga dengan membawa barang ulang alik ke Syam membawa barang dagangan. waktu jahiliah dia pernah menjadi pendamai ketika berlaku pertelingkahan hebat di antara kaum keluarganya. Beliau terkenal sebagai seorang yang berani, tegas dalam berbicara dan berterus terang menyatakan peendapatnya dalam menghadapi masalah.

Saidina Umar memeluk Islam pada tahun ke enam selepas kerasulan Nabi. Beliau
kemudiannya memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan Islam.

Sebelum ini beliau merupakan musuh ketat kepada Islam dan sentiasa menghalangi perkembangan Islam. Orang Islam ramai yang berasa takut untuk melakukan ibadah kerana bimbangkan kepada orang Quraish yang selalu mengancang dan mengusir mereka. Setelah Umar memeluk Islam ramai dari kalangan orang-orang Islam yang tidak merasa apa-apa curiga lagi dalam mengerjakan ibadat. Beliau digelar “al-Faruq” yang bermaksud orang yang membezakan hak dengan yang batil. Gelaran ini diberikan oleh Rasulullah semasa beliau membawa sekumpulan umat Islam untuk bersembahyang di hadapan Kaabah secara terbuka untuk pertama kalinya dalam sejarah Islam. Beliau sendiri yang menjaganya daripada gangguan orang-orang Quraish. Nabi Muhammad SAW juga mengelarkannya sebagai “Abu Hafs” kerana kegagahannya.


Ketika berhijrah ke Madinah, ramai orang Islam yang keluar dari Kota Mekah secara bersembunyi, tetapi Umar keluar secara berterang-terangan. Pedang di tangannya sedia menghunus kepada sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya.
Ketika khalifah Abu Bakar sedang sakit dan merasa ajalnya akan tiba, beliau memanggil sahabat dan meninjau fikiran mereka untuk mencari tokoh Islam bagi dilantik menggantikan pentadbiran khalifah. Abu Bakar mencadangkan nama Umar untuk dicalonkan memegang jawatan itu. Cadangan tersebut mendapat persetujuan dari kalangan sahabat dan orang-orang ramai. Selepas memerintah negara Islam selama 10 tahun 6 bulan dan 4 hari, beliau pun wafat pada malam Rabu di akhir bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah, sewaktu berumur 63 tahun. Beliau mati kerana ditikam oleh Abu Lu’luah, bangsa Parsi yang beragama Majusi. Beliau dimakamkan berhampiran dengan makam Rasulullah dan Abu Bakar di Madinah

Inilah serba sedikit sejarah Khalifah Umar al-khattab.
Persoalannya masih adakah di kalangan kita yang sanggup berjuang seperti beliau?? Dalam berjuang kita masih banyak terpikirkan pasal alam fana ini, seolah2 kita takut akan kematian. Masih ada dalam pemikiran kita "jika aku mati, bagaimanakah anak isteri aku akan menjalani hidup tanpa aku?." Ini merupakan serba sedikit antara sebab yang kita jadi GOYANG untuk berjuang.

Sedangkan bukan kita yang memberi rezeki untuk anak isteri kita. Sedangkan bukan kita yang memberi nyawa untuk anak isteri kita. Saya percaya, tanpa kita mereka tetap hidup. begitu juga dengan sebab2 lain.

Marilah kita renungkan bersama

No comments:

Post a Comment