Monday 2 May 2011

Friday 22 April 2011

SAIDINA ABU BAKAR

Abu Bakar As-Siddiq ialah khalifah pertama orang Muslim dari tahun 632-634.Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya,beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta.Beliau amat terk...enal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan). Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah.



Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat sekali. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya,dia juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah. Beliau juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam.

Beliau seorang yang jujur,berbudi pekerti,adil,tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W . Beliau mendapat gelaran As-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah S.A.W. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa Isra dan Mi'raj yang telah dialami oleh Rasulullah S.A.W Apabila orang ramai mengatakan baginda berdusta,malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut,Saidina Abu Bakar menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.

Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat,baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam.Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam. Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan anak saudara Rasulullah s.a.w . Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar.

Peperangan Islam-Riddah: Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam.Banyak puak-puak Arab memberontak dan menentang khalifah.Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka.Puak-puak ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas.

Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan Muslim.Ada diantara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul.Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah "Musailamah al-Kazzab." tetapi Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.

Ekspedisi ke Utara: Selepas berjaya mengurangkan golongan riddah, Saidina Abu Bakar mula menghantar panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur) dan Empayar Parsi.Khalid Al-Walid berjaya menawan Iraq dalam hanya satu kempen ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria. Menurut seorang orientalis Barat,kempen Saidina Abu Bakar hanyalah sebuah lanjutan daripada Perang Riddah. Hal ini jelas salah memandangkan kebanyakan golongan riddah terletak di selatan Semenanjung Arab dan bukannya di utara.

Pengumpulan Al-Quran: Menurut ahli sejarah Islam,selepas siri Peperangan Islam-Riddah ramai orang yang mahir menghafaz al-Quran terbunuh.Saidina Umar Al-Khatab (khalifah yang berikutnya) meminta Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat al-Quran.Saidina Uthman Affan kemudiannya melengkapkan aktiviti pengumpulan al-Quran semasa beliau menjadi khalifah.

Kewafatan Saidina Abu Bakar: Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah.Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar.Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa.Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khattab sebagai khalifah yang baru.Saidina Abu Bakar As-Siddiq dikebumikan disebelah Makam Nabi Muhammad s.a.w di Masjid An-Nabawi yang terletak di Madinah.

Sumbangan Saidina Abu Bakar: Saidina Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634),tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam.Beliau berjaya menumpaskan golongan Riddah yang ada diantaranya murtad dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi.Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh empayar islam.

Sunday 17 April 2011

PERJUANGAN

APAKAH YANG KITA FAHAM BILA SEBUT TENTANG PERJUANGAN. ADAKAH HANYA SEKADAR SEBUTAN YANG BERADA DI BIBIR SAJE.. ADAKAH HANYA UNTUK DI BUALKAN KAT KEDAI KOPI UNTUK MEMENUHI MASA SEMATA-MATA.. BANYAK SEKARANG YANG SAYA LIHAT BILA BERCAKAP PASAL JUANG, SEMUANYA BERSEMANGAT. TAPI SAYA TAK PASTI SEMANGAT YANG MACAM MANA.

SEMALAM SAYA MELIHAT CD RAKAMAN PENGHANTARAN BEKALAN KE PALESTIN, YANG KAPAL MENGHANTAR BEKALAN ITU DI TAWAN OLEH TENTERA YAHUDI.. SEMANGAT JUANG YANG DITUNJUKKAN OLEH SUKARELAWAN AMAT DI KAGUMI. MEREKA CUBA MELAWAN YAHUDI TANPA SENJATA API. SENJATA YANG PALING CANGGIH DI GUNAKAN MEREKA IALAH LASTIK. WALAUPUN BEGITU MEREKA TETAP BEJUANG TANPA RASA RISAU MELAWAN TENTERA YAHUDI YANG LENGKAP BERSENJATA API.

PERSOALANNYA ADAKAH SEMANGAT JUANG KITA SEPERTI MEREKA? ATAUPUN KITA BILA BERCAKAP PASAL JUANG BUKAN MAIN GAH. TAPI HANYA SEKADAR BERCAKAP SAHAJA TANPA TINDAKAN. SEBAB RAMAI YANG SAYA TENGOK SEKARANG BILA BERCAKAP PASAL PERJUANGAN, BUKAN MAIN BERSEMANGAT. TAPI HANYA SEKADAR BERCAKAP TANPA PERLAKSANAAN..

Friday 15 April 2011

TOKOH PEJUANG

Khalifah Umar al-khattab r.a

Khalifah yang ke dua
Pintar membezakan antara antara Haq dan Batil

Khalifah Umar al-khattab merupakan khalifah yang ke dua selepas khalifah Abu Bakar r.a. Pelantikannya merupakan wasiat daripada Khalifah Abu Bakar.

Nama penuhnya ialah Umar b. Al-Khattab b. Naufal b. Abdul Uzza b. Rabah b. Abdullah b. Qarth b. Razah b. Adiy b. Kaab. Di lahirkan pada tahun 583 M daripada Bani Adi iaitu salah satu bani dalam kabilah Quraish yang dipandang mulia, megah, dan berkedudukan tinggi. Waktu kecil beliau pernah mengembala kambing dan apabila besar beliau berniaga dengan membawa barang ulang alik ke Syam membawa barang dagangan. waktu jahiliah dia pernah menjadi pendamai ketika berlaku pertelingkahan hebat di antara kaum keluarganya. Beliau terkenal sebagai seorang yang berani, tegas dalam berbicara dan berterus terang menyatakan peendapatnya dalam menghadapi masalah.

Saidina Umar memeluk Islam pada tahun ke enam selepas kerasulan Nabi. Beliau
kemudiannya memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan Islam.

Sebelum ini beliau merupakan musuh ketat kepada Islam dan sentiasa menghalangi perkembangan Islam. Orang Islam ramai yang berasa takut untuk melakukan ibadah kerana bimbangkan kepada orang Quraish yang selalu mengancang dan mengusir mereka. Setelah Umar memeluk Islam ramai dari kalangan orang-orang Islam yang tidak merasa apa-apa curiga lagi dalam mengerjakan ibadat. Beliau digelar “al-Faruq” yang bermaksud orang yang membezakan hak dengan yang batil. Gelaran ini diberikan oleh Rasulullah semasa beliau membawa sekumpulan umat Islam untuk bersembahyang di hadapan Kaabah secara terbuka untuk pertama kalinya dalam sejarah Islam. Beliau sendiri yang menjaganya daripada gangguan orang-orang Quraish. Nabi Muhammad SAW juga mengelarkannya sebagai “Abu Hafs” kerana kegagahannya.


Ketika berhijrah ke Madinah, ramai orang Islam yang keluar dari Kota Mekah secara bersembunyi, tetapi Umar keluar secara berterang-terangan. Pedang di tangannya sedia menghunus kepada sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya.
Ketika khalifah Abu Bakar sedang sakit dan merasa ajalnya akan tiba, beliau memanggil sahabat dan meninjau fikiran mereka untuk mencari tokoh Islam bagi dilantik menggantikan pentadbiran khalifah. Abu Bakar mencadangkan nama Umar untuk dicalonkan memegang jawatan itu. Cadangan tersebut mendapat persetujuan dari kalangan sahabat dan orang-orang ramai. Selepas memerintah negara Islam selama 10 tahun 6 bulan dan 4 hari, beliau pun wafat pada malam Rabu di akhir bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah, sewaktu berumur 63 tahun. Beliau mati kerana ditikam oleh Abu Lu’luah, bangsa Parsi yang beragama Majusi. Beliau dimakamkan berhampiran dengan makam Rasulullah dan Abu Bakar di Madinah

Inilah serba sedikit sejarah Khalifah Umar al-khattab.
Persoalannya masih adakah di kalangan kita yang sanggup berjuang seperti beliau?? Dalam berjuang kita masih banyak terpikirkan pasal alam fana ini, seolah2 kita takut akan kematian. Masih ada dalam pemikiran kita "jika aku mati, bagaimanakah anak isteri aku akan menjalani hidup tanpa aku?." Ini merupakan serba sedikit antara sebab yang kita jadi GOYANG untuk berjuang.

Sedangkan bukan kita yang memberi rezeki untuk anak isteri kita. Sedangkan bukan kita yang memberi nyawa untuk anak isteri kita. Saya percaya, tanpa kita mereka tetap hidup. begitu juga dengan sebab2 lain.

Marilah kita renungkan bersama